,

Balik KL, Henry Golding Sarapan di Restoran Nasi Daun Pisang

KUALA LUMPUR – Siapa sahaja yang tidak merindukan kampung halaman dan budaya, lebih-lebih lagi yang menetap di luar negara seperti bintang Hollywood, Henry Golding.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram Story, bintang filem Crazy Rich Asians itu memuat naik gambar suasana pagi Kuala Lumpur dengan ucapan ‘Apa khabar’ berserta emoji Jalur Gemilang dan hentian pertamanya, di Restoran Bala’s Banana Leaf.

Hentian pertama,” tulisnya ringkas.

Hantaran itu turut dimuat naik bersama gambarnya di depan restoran nasi daun pisang itu.

Satu lagi hantaran dimuat naik Henry saat dia singgah di sebuah kafe di ibu kota.

Good to see KL entrepreneuers building,” tulisnya berkongsi rasa bangga.

Sebelum Crazy Rich Asians, Henry pernah membintangi filem tempatan berjudul Pisau Cukur pada 2009. Sebelum bergelar pelakon, Henry pernah menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program The 8TV Quickie selain beberapa program TV lain.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *