,

Cecah 20 Juta Penstriman, Aisha Retno Umum Flashmob Jodoh Lebaran Tidak Lama Lagi

Penyanyi berbakat besar, Aisha Retno, berkongsi berita gembira apabila lagu hit bertemakan Aidilfitri miliknya, Jodoh Lebaran, secara rasmi mencecah angka 20 juta penstriman tepat pada penghujung bulan Syawal tahun ini.

Pencapaian luar biasa itu dizahirkan melalui satu hantaran di aplikasi Threads, yang memaparkan rasa syukur beliau terhadap sambutan hangat daripada peminat terhadap naskhah berkenaan.

Menerusi hantaran tersebut, Aisha menyifatkan kejayaan ini sebagai satu rezeki yang sangat bermakna sebelum berakhirnya musim perayaan.

“Damn, son. Jodoh Lebaran baru sahaja mencecah 20 juta hari ini. Allahuakbar, baiknya Allah mempertemukan Jodoh Lebaran Aisha dengan jumlah penstriman sebanyak ini sebelum menutup Syawal,” tulisnya.

Selain meraikan kejayaan digital tersebut, Aisha turut memberikan bayangan bakal mengadakan acara istimewa buat para pengikutnya dalam masa terdekat. Beliau mendedahkan bahawa satu sesi tarian kilat atau flashmob sedang dirancang dan akan berlangsung di lokasi ikonik ibu kota.

“Psst psst, tarikh flashmob akan diumumkan tidak lama lagi di Dataran Merdeka,” kongsinya lagi sebagai kejutan buat peminat.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *